Sunday, February 7, 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 35 / 2010

Mesyuarat Agung PIBG kali ke -35 telah dijalankan pada 7 Februari 2010. Majlis telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Zulkifli bin Dawam, pegawai dari JAKIM. Seramai 85 orang ahli PIBG telah menghadiri mesyuarat tersebut.

Pendaftaran bermula jam 7.45 pagi.

Kehadiran adalah dari kalangan ibubapa, guru dan pemimpin masyarakat setempat.


Kaum ibu didapati lebih ramai hadir dari kaum bapa.

PIBG turut menjual 'Buku Panduan Persekolah ' kepada semua ahli.

Pn. Kamsiah dan Pn. Wan Fadzlina menyediakan bungkusan makanan untuk semua ahli PIBG

Guru Besar, En. Taufek Mohamed menyampaikan ucapan.

Antara para hadirin yang hadir.

En. Taufek dan Pn. Noraini begitu kusyuk mendengar ucapan dari perasmi.

Semua hadirin bangun untuk menyanyikan lagu Negaraku

Sijil penghargaan untuk Pn. Husna selaku Setiausaha

Saturday, January 23, 2010

Mesyuarat AJK PIBG kali ke 4 Sesi 2009/2010

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 23 Januari 2010 (Sabtu), jam 10.30 pagi bertempat di bilik mesyuarat SKKK. Antara agenda penting adalah untuk mengadakan mesyuarat agung PIBG bagi tahun ini. Tarikh yang telah dipersetujui adalah 7 Februari 2010.

En. Mohd Haniff dan En. Azman.

Pn. Norhidayah, Pn. Siti Zaleha, En. Abdullah Ismail dan En. Sakrani.

En. Taufek Mohamed (Guru Besar), En. Azizan (YDP) dan Pn. Husna (Setiausaha)

Friday, October 16, 2009

Sambutan Hari Kanak-Kanak, Majlis Aidilfitri dan Majlis Perpisahan Bekas Guru/Kakitangan SKKK

Majlis tersebut telah dijalankan dengan jayanya pada 16 Oktober 2009. Pihak PIBG telah menaja sebahagian besar daripada perbelanjaan program. Selain dari warga sekolah, AJK PIBG juga turut hadir.









Monday, October 5, 2009

Mesyuarat AJK PIBG Kali ke - 3

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 4 Oktober 2009, jam 3.00 petang. Dalam mesyuarat tersebut, semua AJK PIBG telah berpeluang mengenali guru besar SK Kg. Kuantan yang baru, En. Taufek Mohamed. Dalam mesyuarat tersebut telah membincangkan program-program sekolah yang akan turut melibatkan PIBG. Antaranya ialah Program Hari Kanak-kanak dan Hariraya, Perkhemahan Ko Kurikulum, Kem Bestari Solat, RIMUP dan Hari Anugerah Kecemerlangan.

Tuesday, April 28, 2009

Sukan Tahunan Kali ke 34 Tahun 2009

Pada 26 April 2009 PIBG telah berjaya menganjurkan sukan tersebut. Perasmian telah disempurnakan oleh En. Bahari bin Tajuddin dari PPD Hulu Selangor.

Berikut adalah antara aksi yang sempat dirakamkan sepanjang waktu sukan. Gambar-gambar lain juga boleh disaksikan di laman blog sekolah. Sila klik di sini.

Friday, April 17, 2009

Gotong-royong Persediaan Sukan Tahunan

Sempena Sukan Tahunan yang akan diadakan pada 26 April 2009, satu program gotong-royong telah dianjurkan oleh PIBG yang bertujuan bagi menyediakan padang sekolah untuk sukan tersebut. Gotong-royong akan diadakan pada 25 April 2009 bermula jam 8.30 pagi. Semua ibubapa dan penjaga adalah dijemput untuk sama-sama menjayakannya.

Peti Cadangan PIBG

Dimaklumkan bahawa PIBG telah mengadakan sebuah peti cadangan PIBG yang bertujuan untuk menerima cadangan dan makluman dari pihak ibubapa atau guru. Peti tersebut telah diletakkan di tingkat bawah bangunan tiga tingkat sekolah. Surat makluman kepada ibubapa mengenai perkara ini telah pun dihantar. Diharap peti cadangan tersebut akan memberi manafaat kepada semua pihak.

Monday, April 6, 2009

Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2009-2010

Mesyuarat AJK PIBG kali pertama telah diadakan pada 1 Mac 2009. Seramai 15 orang telah hadir termasuklah gurubesar dan Cikgu Sakrani. Antara lain mesyuarat membincangkan usul yang telah dikemukakan dalam Mesyuarat Agung yang lalu.
Mesyuarat kali kedua pula telah diadakan pada 5 April 2009. Seramai 14 orang telah hadir termasuk guru besar, Cikgu Sakrani dan Ustazah Noor Aine. Mesyuarat tersebut membincangkan Sukan Tahunan yang akan diadakan pada 26 April 2009.

Monday, March 9, 2009

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke - 34/ 2009

Mesyuarat Agung PIBG telah selamat dilaksanakan pada 15 Februari 2009. Mesyuarat Agung PIBG kali ini dirasmikan oleh YDH Dato' Hj Aman Shah b. Shahar, Orang Besar Daerah Hulu Selangor. Kedatangan ahli adalah seramai 85 orang. Berikut adalah nama AJK PIBG yang telah dilantik bagi sesi 2009-2010.

YANG DIPERTUA : En. Azizan b. Abdullah
N/ YANG DIPERTUA : En. Mohd Rasid b. Mat
SETIAUSAHA : Pn. Husna bt. Husain
BENDAHARI : En. Abdullah Ismail b. Mohd Ariffin

AJK GURU:

1. En. Mohamad Nadzir Ahmad
2. Pn. Kamsiah Yaacob
3. Pn. Siti Zaleha Md. Isa
4. Pn. Norhidayah Jaidon

AJK IBUBAPA:

1. Pn. Anisah bt. Amzah
2. Pn. Rosnita bt. Ab. Halim
3. Pn. Norasyikin bt. Harun
4. En. Ruzman b. Kamaruddin
5. En. Jasni b. Shamsuddin
6. En. Kamal Ezan Hussin
7. En. Azman b. Che Ismail
8. En. Mohd Haniff Abu Kassim

PEMERIKSA KIRA-KIRA:

1. Tn. Hj. Ismail Rahmat
2. Pn. Rofishah Osman

Wednesday, February 4, 2009

Mesyuarat Agung PIBG ke - 34 /2009

Mesyuarat Agung PIBG ke - 34 / 2009 akan diadakan pada 15 Februari 2009 (Ahad) jam 8.00 pagi. Notis mesyuarat dan borang usul akan diedarkan oleh Setiausaha PIBG pada hari Khamis 29 Januari 2009. Borang usul boleh disampaikan kepada Setiausaha PIBG selewat-lewatnya pada 6 Februari 2009.

Friday, November 28, 2008

Terima Kasih di atas khidmat Bakti

Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) mengucapkan terima kasih di atas jasa dan sumbangan Cikgu Mohamed Faisal yang menjawat jawatan sebagai Bendahari PIBG SKKK selama 7 tahun. Pertukaran beliau ke Kedah merupakan satu kehilangan untuk PIBG, semoga beliau akan terus maju dalam karier perguruan.
Selamat berpisah buat Cikgu Mohamed Faisal bin Abdullah dan selamat berkhidmat di sekolah baru, semoga bertemu lagi.

UPSR 2008

Pada 13 November 2008 keputusan UPSR 2008 diumumkan dan salah seorang murid tahun 6 Excellent telah berjaya mendapat 5A iaitu Muhammad Radzim bin Narazi. Pihak PIBG telah menyampaikan Ganjaran UPSR 2008 sebanyak RM200 kepada murid berkenaan pada Hari Anugerah Kecemerlangan 2008. Hadiah disampaikan YDP PIBG iaitu En. Azizan bin Abdullah. Turut menerima saguhati Ganjaran UPSR 2008 ialah Hanisah binti Ahmad Bohari yang mendapat 4A 1B sebanyak RM100 dan Nurul Huda binti Abdullah yang mendapat 3A 2B sebanyak RM50.

Thursday, June 5, 2008

Ganjaran UPSR 2008

Ganjaran UPSR 2008 merupakan satu ganjaran berbentuk wang tunai kepada murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2008. Wang tunai sebanyak RM 200 akan diberikan kepada murid yang dapat keputusan cemerlang 5A UPSR 2008. Ganjaran seperti ini diharap dapat dijadikan motivasi kepada Murid Tahun 6 2008 untuk lebih berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2008.
Majlis Pelancaran GANJARAN UPSR 2008 ini telah disempurnakan oleh Tuan Norel Azmi bin Yahya Effandi iaitu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, pada 27 April 2008 (Ahad).

Friday, May 2, 2008

Sukan Tahunan Kali ke 33 Tahun 2008

Sukan Tahunan SK kg Kuantan Kali ke 33 telah dijalankan dengan jayanya pada 27 April 2008 (Ahad). Perasmian Penutupan Sukan Tahunan kali ke 33 ini disempurnakan oleh Tuan Norel Azmi bin Yahya Effandi iaitu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor.
Johan keseluruhan dimenangi oleh Rumah USM (merah), Naib Johan Rumah UKM (Hijau) dan tempat ketiga Rumah UTM (Biru).
- Olahragawan - Anuar bin Yusof (Rumah UTM),
- Olahragawati - Suhana bt Sulaiman (Rumah UTM).
- Olahragawan Harapan - Hazrul Azhar Ahyar (Rumah UKM),
- Olahragawati Harapan - Nurul Najwa Nalzakri (Rumah USM).

Pelbagai aktivi dijalankan Oleh PIBG pada Hari Sukan tersebut. Antaranya Sumbangan Cabutan Bertuah bagi menambah Dana PIBG SKKK. Bagi penyumbang yang bertuah telah memenagi sebuah basikal dan pelbagai jenis Hamper. Gerai Jualan juga diadakan oleh PIBG bagi memeriahkankan lagi Sukan Tahunan kali ke 33 ini. Selain itu majlis Pelancaran Ganjaran UPSR 2008 telah disempurnakan oleh Tuan Norel Azmi dan Guru Besar SK Kg. Kuantan.
Akhir sekali PIBG dan Pihak Sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan Sukan Tahunan SK Kg. Kuantan Kali ke 33 tahun 2008.

Mesyuarat Agung PIBG 2008

Mesyuarat Agung PIBG SK Kg. Kuantan telah dijalankan pada 6 April 2008 yang lalu. Perasmian mesyuarat ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom (Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Negeri Selangor). Turut Hadir adalah Haji Suhaimi bin Rashid (Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor).
Sebelum Mesyuarat dimulakan, satu majlis penyampaian Saguhati kepada 2 orang pelajar cemerlang UPSR 2007 iaitu Mohd. Fawi Izwan bin Umar dan Najwa Atiqah bt Samri. Hadiah disampaikan oleh Haji Suhaimi bin Rashid (Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor) kepada bapa pelajar tersebut.
Pada Mesyuarat Agung kali ini, PIBG telah memutuskan Ganjaran UPSR 2008 sebanyak RM 200 kepada murid yang dapat keputusan 5A UPSR 2008. Ganjaran seperti ini diharap dapat dijadikan motivasi kepada Murid Tahun 6 2008 untuk lebih berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2008.
Pada mesyuarat kali ini Perlantikan AJK baru telah dilantik bagi sessi 2008/2009. Berikut adalah senarai penuh AJK PIBG sesi 2008/2009.

YDP PIBG :
En. Azizan bin Abdullah
NYDP PIBG :
En. Rashid bin Mat
Setiausaha :
Puan Husna bt Husain
Bendahari :
En. Mohamed Faisal bin Abdullah
AJK Ibubapa :
En. Ruzman bin Kamarudin
En. Zaidi bin Mohd. Hashim
En. Azman b Che Ismail
En Raikinobajuri
En Ahmad Johan
Pn Siti Eisah bt Noordin
Pn Haliza Hj Hamit
Puan Suriati

AJK Guru :
Puan Kamsiah bt Yaacob
En. Mohamad Nadzir bin Ahmad
Cik Norlizawati bt Mat Seh
Cik Anisah bt Abdullah