Friday, November 28, 2008

Terima Kasih di atas khidmat Bakti

Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) mengucapkan terima kasih di atas jasa dan sumbangan Cikgu Mohamed Faisal yang menjawat jawatan sebagai Bendahari PIBG SKKK selama 7 tahun. Pertukaran beliau ke Kedah merupakan satu kehilangan untuk PIBG, semoga beliau akan terus maju dalam karier perguruan.
Selamat berpisah buat Cikgu Mohamed Faisal bin Abdullah dan selamat berkhidmat di sekolah baru, semoga bertemu lagi.

UPSR 2008

Pada 13 November 2008 keputusan UPSR 2008 diumumkan dan salah seorang murid tahun 6 Excellent telah berjaya mendapat 5A iaitu Muhammad Radzim bin Narazi. Pihak PIBG telah menyampaikan Ganjaran UPSR 2008 sebanyak RM200 kepada murid berkenaan pada Hari Anugerah Kecemerlangan 2008. Hadiah disampaikan YDP PIBG iaitu En. Azizan bin Abdullah. Turut menerima saguhati Ganjaran UPSR 2008 ialah Hanisah binti Ahmad Bohari yang mendapat 4A 1B sebanyak RM100 dan Nurul Huda binti Abdullah yang mendapat 3A 2B sebanyak RM50.

Thursday, June 5, 2008

Ganjaran UPSR 2008

Ganjaran UPSR 2008 merupakan satu ganjaran berbentuk wang tunai kepada murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2008. Wang tunai sebanyak RM 200 akan diberikan kepada murid yang dapat keputusan cemerlang 5A UPSR 2008. Ganjaran seperti ini diharap dapat dijadikan motivasi kepada Murid Tahun 6 2008 untuk lebih berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2008.
Majlis Pelancaran GANJARAN UPSR 2008 ini telah disempurnakan oleh Tuan Norel Azmi bin Yahya Effandi iaitu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, pada 27 April 2008 (Ahad).

Friday, May 2, 2008

Sukan Tahunan Kali ke 33 Tahun 2008

Sukan Tahunan SK kg Kuantan Kali ke 33 telah dijalankan dengan jayanya pada 27 April 2008 (Ahad). Perasmian Penutupan Sukan Tahunan kali ke 33 ini disempurnakan oleh Tuan Norel Azmi bin Yahya Effandi iaitu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor.
Johan keseluruhan dimenangi oleh Rumah USM (merah), Naib Johan Rumah UKM (Hijau) dan tempat ketiga Rumah UTM (Biru).
- Olahragawan - Anuar bin Yusof (Rumah UTM),
- Olahragawati - Suhana bt Sulaiman (Rumah UTM).
- Olahragawan Harapan - Hazrul Azhar Ahyar (Rumah UKM),
- Olahragawati Harapan - Nurul Najwa Nalzakri (Rumah USM).

Pelbagai aktivi dijalankan Oleh PIBG pada Hari Sukan tersebut. Antaranya Sumbangan Cabutan Bertuah bagi menambah Dana PIBG SKKK. Bagi penyumbang yang bertuah telah memenagi sebuah basikal dan pelbagai jenis Hamper. Gerai Jualan juga diadakan oleh PIBG bagi memeriahkankan lagi Sukan Tahunan kali ke 33 ini. Selain itu majlis Pelancaran Ganjaran UPSR 2008 telah disempurnakan oleh Tuan Norel Azmi dan Guru Besar SK Kg. Kuantan.
Akhir sekali PIBG dan Pihak Sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan Sukan Tahunan SK Kg. Kuantan Kali ke 33 tahun 2008.

Mesyuarat Agung PIBG 2008

Mesyuarat Agung PIBG SK Kg. Kuantan telah dijalankan pada 6 April 2008 yang lalu. Perasmian mesyuarat ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom (Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Negeri Selangor). Turut Hadir adalah Haji Suhaimi bin Rashid (Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor).
Sebelum Mesyuarat dimulakan, satu majlis penyampaian Saguhati kepada 2 orang pelajar cemerlang UPSR 2007 iaitu Mohd. Fawi Izwan bin Umar dan Najwa Atiqah bt Samri. Hadiah disampaikan oleh Haji Suhaimi bin Rashid (Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor) kepada bapa pelajar tersebut.
Pada Mesyuarat Agung kali ini, PIBG telah memutuskan Ganjaran UPSR 2008 sebanyak RM 200 kepada murid yang dapat keputusan 5A UPSR 2008. Ganjaran seperti ini diharap dapat dijadikan motivasi kepada Murid Tahun 6 2008 untuk lebih berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2008.
Pada mesyuarat kali ini Perlantikan AJK baru telah dilantik bagi sessi 2008/2009. Berikut adalah senarai penuh AJK PIBG sesi 2008/2009.

YDP PIBG :
En. Azizan bin Abdullah
NYDP PIBG :
En. Rashid bin Mat
Setiausaha :
Puan Husna bt Husain
Bendahari :
En. Mohamed Faisal bin Abdullah
AJK Ibubapa :
En. Ruzman bin Kamarudin
En. Zaidi bin Mohd. Hashim
En. Azman b Che Ismail
En Raikinobajuri
En Ahmad Johan
Pn Siti Eisah bt Noordin
Pn Haliza Hj Hamit
Puan Suriati

AJK Guru :
Puan Kamsiah bt Yaacob
En. Mohamad Nadzir bin Ahmad
Cik Norlizawati bt Mat Seh
Cik Anisah bt Abdullah